Kelas Basic ICT – Introduction to PC & E-learning - Uptoten

2 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2020 iaitu pada sebelah pagi, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Basic ICT – Introduction to PC & E-learning iaitu Uptoten. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan komponen asas komputer dan memperkenalkan laman web Uptoten untuk menggalakkan pelajar bermain permainan yang menguji minda.

Dalam kelas ini, pelajar telah diterangkan dan diminta untuk melukis gambaran komponen komputer yang terdiri daripada tetikus, monitor komputer, keyboard, CPU dan printer supaya mereka lebih memahami pelajaran yang disampaikan.

Dalam kelas ini juga pelajar diminta untuk membuka laman web Uptoten yang dikhaskan untuk pelajar sekolah rendah. Uptoten mempunyai pelbagai bahagian untuk pembelajaran seperti nyanyian (song), mewarna (coloring), kartun, persembahan (presentation), koordinasi (coordination dan sebagainya untuk merangsang perkembangan minda pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali